KUALA LUMPUR: Paras air di Lembangan Sungai Melaka di Langkawi, Kedah setakat pukul 1 tengah hari tadi menunjukkan trend menaik dengan satu daripada stesen sungai telah mencapai paras bahaya.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam perkongsian di Facebooknya berkata, stesen sungai yang mencapai paras bahaya ialah Stesen Sungai Melaka di Bukit Kemboja dengan paras air mencecah 8.91 meter.
Dua lagi stesen sungai yang mencapai tahap amaran ialah di Stesen Empangan Padang Saga dengan paras air mencecah 20.10 meter, manakala Stesen Sungai Melaka di Padang Matsirat mencecah 3.40 meter.
“Hati-hati dan sentiasa alert dengan info penting pihak berkuasa. Semoga Allah lindungi kita semua daripada bencana banjir buruk,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi.
Terdahulu, Tuan Ibrahim berkongsi amaran hujan berterusan mencapai tahap waspada di beberapa kawasan di Perlis dan Kedah.
“Kawasan Perlis dan sebahagian kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap. Saya difahamkan beberapa kawasan di utara Semenanjung telah hujan sejak malam dan awal pagi tadi. Beberapa stesen mencatatkan aras air sungai melebihi tahap BAHAYA.
“Setakat pukul 12 tengah hari, stesen hujan di Kuala Nerang, Padang Terap mencatatkan 31.5mm dalam tempoh 1 jam (AMARAN). Saya doakan agar kita semua dilindungi Allah daripada bencana banjir. Aameen. Insya-Allah,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Oct 16 2022
Tangkap layar daripada hantaran Facebook Tuan Ibrahim Tuan Man menunjukkan limpahan air di Lembangan Sungai Melaka, Langkawi kini berada di paras bahaya.
Invest Selangor sasar nilai transaksi RM7 bilion melalui SIBS 2024
Invest Selangor Bhd menyasarkan nilai transaksi berpotensi sehingga RM7 bilion daripada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) tahun ini.
Mendiang Mutang miliki prinsip, nilai kukuh ke arah reformasi Parlimen - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian mendiang Senator Datuk Mutang Tagal.
AWANI Ringkas: Polis Puas Hati: Tiada laporan kempen 3R di Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Systema lancar kempen #GumHealthFirst, tingkat kesedaran penjagaan gusi
Systema, pakar perlindungan gusi terkenal dari Jepun komited dalam menangani penyakit gusi yang kini berleluasa di Malaysia menerusi kempen #GumHealthFirst dan memperkenal teknologi berus gigi baharu.
Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024
Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Ratusan ibu di Mexico berhimpun, tuntut kehilangan anak
Ratusan wanita Mexico yang mencari anak mereka yang hilang berhimpun di Mexico City pada Jumaat.
Protes sempena Hari Ibu itu dilakukan bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya melakukan lebih banyak lagi untuk mencari orang tersayang mereka.
Protes sempena Hari Ibu itu dilakukan bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya melakukan lebih banyak lagi untuk mencari orang tersayang mereka.
Pendengaran kes Jacob Zuma bermula Jumaat
Mahkamah tertinggi Afrika Selatan memulakan proses mendengar hujah undang-undang pada Jumaat sama ada bekas presiden Jacob Zuma boleh bertanding bagi kerusi parlimen.
Keputusan kes tersebut akan menjejaskan pilihan raya di seluruh negara itu pada 29 mei dan boleh membawa kepada masalah keselamatan jika beliau kalah.
Keputusan kes tersebut akan menjejaskan pilihan raya di seluruh negara itu pada 29 mei dan boleh membawa kepada masalah keselamatan jika beliau kalah.
KKB Memilih: Tetap bersemangat walaupun berkerusi roda, bertongkat
Biarpun berdepan kekangan dari segi fizikal, tetapi warga emas berusia 75 tahun ini menjadi pengundi pertama yang selesai menjalankan tanggungjawab bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Penyokong Palestin dan Israel bertembung di California
Lawatan Presiden A.S. Joe Biden ke Palo Alto, California, pada Jumaat menyaksikan pertembungan penunjuk perasaan pro-Palestin dan pro-Israel.
Penyokong Palestin menyeru Presiden untuk menyokong gencatan senjata serta menyalahkan beliau atas kehilangan lebih 40,000 nyawa orang awam.
Penyokong Palestin menyeru Presiden untuk menyokong gencatan senjata serta menyalahkan beliau atas kehilangan lebih 40,000 nyawa orang awam.
KKB Memilih: Sasar 60 peratus keluar mengundi, keputusan seawal 9 malam
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan rasmi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan diumumkan seawal jam 9 malam.
Paras air Lembangan Sungai Melaka di Langkawi capai tahap bahaya - Tuan Ibrahim
Stesen sungai yang mencapai paras bahaya ialah Stesen Sungai Melaka di Bukit Kemboja dengan paras air mencecah 8.91 meter.